Sunday, May 5, 2013

Kempen Tawan Putrajaya PRU-14

Salam hormat, salam sejahtera dan salam perjuangan.


Pertama sekali saya ingin mengarang sepatah mesej penghargaan kepada semua rakan-rakan seperjuangan dalam Pakatan Rakyat yang telah bekerja tertungkus lumus sejak 5 tahun yang lalu untuk bersiap sedia menghadapi PRU13 yang baru selesai semalam.

Saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada kawan-kawan yang mengorbankan masa dan tenaga untuk membantu dan meyokong Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kali ini.
Saya telah menerima beratus mesej dari rakan-rakan sekalian melalui pelbagai sumber, termasuk laman FB, SMS dan sebagainya. 

Ramai yang telah menyatakan ketidakpuasan hati terhadap keputusan PRU kali ni. Ada pula di antara kalangan yang meyampaikan kesedihan mereka, dan akhir sekali, tidak ketinggalan pula kawan-kawan yang melafaskan kemarahan bertubi-tubi terhadap Barisan Nasional dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Di sini saya ingin meminta maaf kerana tidak sempat membalas setiap orang, jadi saya megambil keputusan untuk megarang post ini dengan harapan sepatah dua tulisan saya boleh dijadikan inspirasi untuk meneruskan perjuangan kita semua.

Yang utama sekali, perjuangan kita belum selesai. Malah, perjuangan kita baru bermula. Dalam pilihanraya ini, walaupun kita tidak berjaya merampas kerusi kerajaan pusat, Pakatan Rakyat telah menambah kerusi parliament dari 82 kerusi pada PRU 2008 ke 89 kerusi pada kali ini. Tambahan pula, PR telah berjaya mencapai undi popular 51%. 


Pencapaian kali ini amatlah penting kerana kita sudah membuktikan bahawa majoriti rakyat Malaysia menyokong Pakatan Rakyat.  Kita menang undi, yang kalah cuma kerusi. 

Mesej kedua yang saya ingin sampaikan ialah kita semua tidak patut memandang mundur dan ke arah belakang. Dalam politik mahupun kehidupan, jalannya memang berliku dan penuh dengan cabaran.

Dengan mengeluarkan perkataan-perkataan kesat, memaki hamun dan sebagainya tidak akan membawa sebarang kebaikan kepada mana-man pihak. 

Kita juga tidak patut terperangkap dengan tulisan puak-puak UMNO yang bersifat rasis dan bertujuan untuk mencetuskan perbalahan perkauman.  

Sebaliknya, kita semua harus lebih bersatu, memikir dengan logik dan bertenang. Kita juga perlu megambil pegalaman kali ini sebagai pengajaran dan sumber teladan. 

Kita harus berkerja dengan lebih keras. Mulai hari ini, kita kena berkempen lagi kuat di halaman kampung kita masing-masing. 

Sampaikan maklumat ini kepada saudara-mara. Cetak keratan berita dari media alternatif dan bagilah kepada mereka. 

Hantarkan seberapa banyak bahan kempen dan manifesto PR ke setiap rumah megikut kemampuan. 

Kalau berupaya, bawalah juga saudara sekalian menghadiri ceramah dan forum Pakatan Rakyat dan Bersih 2.0 seberapa kerap yang boleh.

Perubahan dan masa depan negara kini di tangan kita semua. Ingat nombor ini setiap hari - hanya 23 lagi kerusi Parlimen dan kita akan menumbangkan kerajaan UMNO-BN yang kotor ini.

Kempen Tawan Putrajaya bermula pada HARI INI.

Sekian Terima Kasih.

Salam Reformasi,

Leon Lee
BNMustGo


1 comment: